Mesyuarat Penolong Pengurus Pusat Internet Komuniti

17 Disember 2020 2020 | Aktiviti Terkini

Pada hari rabu yang bertarikh 16 Disember 2020 telah berlangsung Mesyuarat bagi Penolong Pengurus Pusat Internet Komuniti secara atas talian menerusi aplikasi Zoom. Mesyuarat pada kali ini menfokuskan kepada semua pekerja Pusat Internet Komuniti dibawah pengurusan Nera Sdn. Bhd. yang telah dibahagikan kepada dua sesi iaitu sesi pengurus dan sesi penolong pengurus yang mengambil masa selama 3 jam bagi setiap sesi.

Mesyuarat pada kali ini lebih fokus kepada persediaan pengurusan Pusat Internet dimana setiap staf Pusat Internet Komuniti perlu mengekalkan SOP dalam meneruskan rutin pekerjaan harian.Selain itu,dalam mesyuarat ini juga, setiap staf dibenarkan berkongsikan permasalahan yang timbul sepanjang pekerjaan disamping berkongsi cara penyelesaiannya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas