Program Kursus Keusahawanan Digital (INTEL) 2017
27 Februari 2017 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Kesedar Jeram Tekoh (PI KJT) telah melaksanakan Program Keusahawanan Digital Intel (Easy Step & E-Basics) pada 23 hingga 26 Februari 2017, selama 4 hari berturut-turut. Selain itu, program ini disertai 20 usahawan dan bakal usahawan dari daerah Gua Musang & Kuala Krai yang dikendalikan oleh dua tenaga pengajar berkemahiran. Program ini dijalankan di Bilik Latihan Pusat Internet Kesedar Jeram Tekoh (PI KJT) yang bermula dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Yuran penyertaan, makan minum dan sijil percuma dari INTEL dengan kerjasama Pusat Internet.
Seterusnya, Kursus Keusahawanan Digital ini adalah program yang direka khas untuk membantu usahawan dan bakal usahawan mempelajari berkenaan dengan teknologi dan penggunaan teknologi dalam perniagaan mereka. Mengandungi 14 modul, dimana ia merangkumi pelbagai aspek. Setiap modul akan membantu peserta dalam mempelajari teknik baru dalam membangunkan perniagaan mereka.
Objektif utama adalah meningkatkan pengetahuan asas komputer, memahami penggunaan aplikasi komputer seperti grafik, spreadsheets dan aplikasi multimedia dan mencipta bahan pemasaran seperti brosur, risalah dan lain-lain yang amat berguna dalam kehidupan seharian dan juga bagi perniagaan kecil-kecilan. Bagi memastikan program ini disampaikan dalam keadaan yang efektif dan menyeronokkan, modul program ini menyediakan aktiviti yang mensimulasikan situasi sebenar keadaan perniagaan. Dengan ini, para peserta akan belajar menggunakan komputer dimana ia dapat membantu peserta meningkatkan kemahiran dalam menggunakan teknologi di dalam kehidupan seharian, kerjaya dan perniagaan mereka.
Program ini mensasarkan usahawan yang mempunyai sedikit atau tiada pengalaman dalam menggunakan komputer tetapi ingin mengambil peluang memajukan perniagaan mereka melalui teknologi ICT masa kini. Program ini telah membimbing usahawan dalam menggunakan ICT dan ilmu asas dalam dunia perniagaan. Justeru itu, menarik dengan Puan Siti Sarah Binti Che Esa, merupakan usahawan dari komuniti RKT Jeram Tekoh yang telah mengusahakan perkhidmatan bekam di rumah beliau hanya untuk wanita sahaja.
Selain itu, Encik Hazrad Huzaifa Bin Muzairi merupakan usahawan yang juga pelajar lepasan SPM 2016, mula berjinak-jinak menghasilkan ‘Aiskrim Lover’ buatan tangan. Mereka makin bersemangat untuk menambahbaik cara pemasaran, reka bentuk produk dan pengurusan kewangan selepas dibimbing melalui program kursus keusahawanan digital yang disertai ini. Harapan kami agar lebih ramai usahawan dan bakal usahawan dari komuniti setempat seluruh Gua Musang & Kuala Krai yang boleh kami latih di masa hadapan dan memberi pendedahan dalam keusahawanan digital dengan bimbingan secara praktikal.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: