dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kesedar Jeram Tekoh, Kelantan
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook
    facebook

Pendidikan


Sekolah Kebangsaan Jeram Tekoh atau nama ringkasnya SK Jeram Tekoh, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Kesedar Jeram Tekoh, dalam jajahan Gua Musang, Kelantan. Ia merupakan sebuah sekolah rendah kerajaan persekutuan Malaysia dibina bagi menampung keperluan pendidikan anak-anak peneroka RKT Jeram Tekoh.

Jeram Tekoh ialah sebuah petempatan Melayu sebuah kawasan milik Kesedar (Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan) yang pada asalnya penempatan semula bagi membangunkan tanah rancangan ini. Jarak SK Jeram Tekoh ialah kira-kira 28 km dari bandar Gua Musang.

SK Jeram Tekoh memiliki 214 pelajar lelaki dan 153 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 367 orang. Ia mempunyai seramai 27 orang guru. Kini sekolah ini berkembang pesat dengan guru yang silih berganti saban tahun.

© Semua Hakcipta Terpelihara.