Kisah Kejayaan
Perkhidmatan Bekam & Urut Untuk Wanita
Puan Siti Sarah Che Esa merupakan suri rumah yang juga menjalankan perkhidmatan perniagaan urut dan bekam untuk wanita. Berkonsepkan dari rumah di RKT Kesedar Jeram Tekoh.
Sebelum penggunaan ICT, beliau tidak mahir menggunakan komputer, tidak tahu berkenaan ilmu perniagaan dan keusahawanan sebaiknya. Beliaun juga tidak bersemangat, serta tidak pernah mempromosikan secara aktif terutama dalam pemasaran di internet.
Pada awal perniagaan, beliau hanya memperoleh sekitar anggaran kasar RM400 jualan sebulan.
Gambar 1: Pn. Sarah berkongsikan idea perniagaan semasa kelas berlangsung.
Menurutnya, pada awal penglibatan hanya menjual kepada jiran dan kawan terdekat. Namun, dengan perubahan teknologi dan kewujudan Pusat Internet Kesedar Jeram Tekoh beliau mula menjadi ahli PI. Seterusnya, menggunakan kemudahan komputer dan internet berkelajuan tinggi di PI KJT. Serta mendapatkan khidmat nasihat dari anak didik Irfan Khairi, jutawan internet Malaysia yang juga merupakan pengurus PI KJT.
Gambar 2: Perkhidmatan yang ditawarkan oleh Pn. Sarah.
Kini selepas penglibatan PI yang banyak membantu dalam promosi online anggaran jualan beliau sekitar RM700 sebulan.
Puan Sarah juga mempromosikan perkhidmatan beliau melalui akaun Facebook nya sendiri dan berpeluang untuk mendapatkan pelanggan dengan lebih baik. Penjualan produk semakin meningkat.
Gambar 3: Antara promosi yang dilakukan melalui facebook beliau usahakan.
Tonton Video Kisah Kejayaan Usahawan Bekam Muslimah