Kursus Pemasaran Perniagaan Berkesan
20 Ogos 2017 | Aktiviti TerkiniBerjaya dihadiri seramai lebih 20 orang peserta terdiri dari usahawan wanita sepenuh masa sahaja dari sekitar Daerah Gua Musang selama dua hari. Selain itu, bagi meningkatkan ilmu dan kemahiran pengetahuan peserta dalam pemasaran perniagaan yang berkesan. Juga, menambah nilai diri para peserta untuk globalisasi pemasaran masa kini.
Majoriti usahawan wanita yang hadir amat berpuas hati dengan modul yang disampaikan dan yakin dapat melakukan pemasaran yang lebih berkesan untuk perniagaan mereka. Antara usahawan yang hadir terdiri dari perniagaan import eksport barangan dari china, butik pengantin, pemilik studio & jurulatih Zumba, pengusaha produk kecantikan dan sebagainya. Semoga usahawan wanita dari daerah terus maju dan Berjaya menjana ekonomi keluarga dan seterusnya memperkukuh ekonomi Negara.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: