Program Pesta Buah-Buahan Tempatan Daerah Gua Musang
6 Ogos 2018 | Aktiviti TerkiniProgram ini merupakan acara tahunan pada musim buah-buahan tempatan yang terdapat di sekitar daerah Gua Musang yang telah diadakan pada 05 Ogos 2018 di dataran Pusat Internet (PI). Selain itu, bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim, memperkenalkan buah-buahan tempatan, mempopularkan buah-buahan tempatan dan menjadikan buah-buahan tempatan sebagai ikon daerah ini.
Akhir kata, terima kasih kepada semua pihak yang hadir bagi menjayakan program ini antaranya kakitangan Pusat Internet (PI) sekitar daerah ini dari PI Kesedar Lebir, PI Kesedar Chalil, PI Felda Perasu, PI Kesedar Jeram Tekoh dan PI Kg. Karangan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: