Siaran Akhbar PI KJT Usahawan Desa Didedah Perniagaan Atas Talian
15 December 2018 | Aktiviti TerkiniPerniagaan internet e-dagang kini mendapat sambutan yang menggalakkan kerana perubahan gaya hidup yang turut memudahkan orang ramai membeli belah dengan selesa di rumah. Biarpun berada di kawasan luar Bandar, usahawan di daerah ini tidak perlu risau memasarkan produk mereka diatas talian ke seluruh Negara. Pengruus Pusat Internet Kesedar Jeram Tekoh, Mohd Ilham berkata, kebaikan membeli belah secara atas talian atau online ini ialah pembeli dapat mencari sesuatu barangan dengan harga lebih mudah berbanding membeli di kedai.
Melihat trend terkini, pihaknya tampil mengadakan kelas rahsia menjual di Shopee bagi memberi peluang kepada usahawan desa memasarkan produk mereka. Ramai pembeli yang merasakan lebih banyak pilihan boleh dibuat apabila membeli secara atas talian. Namun, perkara yang paling penting ialah keselamatan semasa membuat transaksi secara onine di platform popular seperti Shopee dan Lazada. Kita mengadakan kelas ini bertujuan menggalakkan usahawan setempat, terutama remaja dan belia untuk memualakan perniagaan di platform popular, katanya.
Menurut Ilham, menerusi platform ini, peniaga tidak perlu mahir satu satu aplikasi, tidak perlu pandai menghasilkan ayat jualan dan tidak perlu melayani pelanggan. Alhamdulillah, untuk siri pertama ini seramai 10 peserta hadir terdiri daripada belia dan usahawan sepenuh masa sekitar Gua Musang iaitu dari Felda Chiku, Kesedar Chalil dan Bandar Gua Musang. Bagi memastikan lebih ramai tahu peluang ini, kita akan mengadakan beberapa siri kelas seumpama ini dalam masa terdekat dan di seluruh Kelantan, Katanya.
Sementara itu, peserta, Siti Aminah Ab Ghani, 47, berkata kelas disertai penuh bermanfaat, berinformasi, mudah difahami dan lain daripada yang lain. Pertama kali dianjurkan didaerah ini, ia adalah platform terbaik untuk mengembangkan perniagaan dan meningkatkan jualan saya secara lebih meluas, Katanya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: