dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kesedar Jeram Tekoh, Kelantan
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Program Intensiti PI Jeram Tekoh Bersama Suri Rumah

11 Februari 2018 | Aktiviti Terkini

Seramai 20 orang peserta hadir di PI Jeram Tekoh dengan menyertai program anjuran Pusat Internet Jeram Tekoh dengan kerjasama FARAH BAKERY, untuk aktiviti membuat roti, menaip resepi roti, kelas keusahawanan dan ICT. Agenda utama adalah kelas membuat roti secara praktikal kepada para suri rumah yang berminat untuk menghasilkan roti gebu gebas bagi keluarga tersayang. Program ini bertujuan melahirkan usahawan dalam kemahiran membuat roti yang terdiri dari suri rumah untuk santapan keluarga atau komersial.

Disamping itu, menggalakkan penyertaan suri rumah dalam penggunaan komputer dengan aktviti menaip dan sebagainya di Pusat Internet. Seterusnya, membina jaringan antara usahawan, komuniti dan Pusat Internet Jeram Tekoh. Antara pengisian lain (Sambil tunggu roti masak) adalah taklimat Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB), kelas asas komputer (Menaip resepi roti), pertandingan menaip pantas, taklimat keusahawanan strategi menjual roti. Lagi kelebihan menyertai program ini, boleh bawak balik hasil roti dan Sijil penyertaan yang dikeluarkan oleh Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Semoga program ini akan diteruskan bagi melahirkan lebih ramai usahawan dalam kemahiran membuat roti yang juga mahir dalam ICT. Terima kasih kepada semua peserta yang telah hadir di program anjuran Pusat Internet Jeram Tekoh. Tonton rakaman video bagi program ini di https://www.youtube.com/watch?v=XiA72k-0Ufo&t=

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© Semua Hakcipta Terpelihara.