Seminar Bisnes Online Berjaya 2018
15 Januari 2018 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Kesedar Jeram Tekoh (PI KJT) telah Berjaya melaksanakan Seminar Bisnes Online kepada usahawan belia wanita dari komuniti setempat. Selain itu, program ini disertai lebih 20 usahawan dan bakal usahawan yang dikendalikan oleh tenaga pengajar berkemahiran dari ILHAMIC ACADEMY www.facebook.com/rahsiabisnes4u anjuran bersama Felda Perasu. Seterusnya, seminar bisnes online ini adalah program yang direka khas untuk membantu usahawan dan bakal usahawan mempelajari berkenaan dengan teknologi dan penggunaan teknologi dalam perniagaan mereka.
Objektif utama adalah meningkatkan pengetahuan asas komputer, memahami penggunaan aplikasi komputer seperti grafik, spreadsheets dan aplikasi multimedia dan mencipta bahan pemasaran seperti brosur, risalah dan lain-lain yang amat berguna dalam kehidupan seharian dan juga bagi perniagaan kecil-kecilan. Harapan kami agar lebih ramai usahawan dan bakal usahawan dari komuniti setempat seluruh Gua Musang yang boleh kami latih di masa hadapan dan memberi pendedahan dalam keusahawanan digital dengan bimbingan secara praktikal.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: