dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kesedar Jeram Tekoh, Kelantan
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Aktiviti & Pertandingan Sempena Hari Terbuka PI 2018

10 April 2018 | Aktiviti Terkini

Syukur alhamdulillah, dengan izinNya Program Hari Terbuka PI Jeram Tekoh Bersama Komuniti 2018 berjaya berlangsung pada 7 April 2018 (Sabtu) dengan selamat & sukses. Serta, sambutan yang sangat memberansangkan dan melebihi sasaran kami.

Antara aktiviti/ pertandingan yang telah dijalankan;

  • Demo Membuat Mini Cupcake.
  • Demo Membuat Roti Butter Golok Viral.
  • Pertandingan Eksplorasi Digital ICT Pintar.
  • Pertandingan Mereka Mini Cupcake Kreatif.
  • Pertandingan Mereka Roti Butter Golok Kreatif.
  • Pertandingan Menaip Super Pantas (Belia & Dewasa).
  • Pertandingan Puzzle Digital Klik Dengan Bijak (KDB).
  • Advokasi Klik Dengan Bijak, Check Your Label & E-waste.
  • Taklimat & Motivasi Keusahawanan oleh anak didik Irfan Khairi.

Sekalung tahniah & penghargaan dirakamkan buat seluruh pihak yang menjayakan program ini secara langsung atau tidak langsung. Tanpa anda semua, siapalah kami! Satu penghormatan besar buat pihak kami, kerana tetamu yang hadir bukan hanya dari komuniti setempat (RKT Jeram Tekoh), malahan dari sekitar jajahan Gua Musang antaranya dari Chiku, Paloh, Taman Agropolitan ECER, Taman Kesedar Jaya, Kampung Limau Kasturi, Kampung Sungai Asap, Kampung Kundor, PPR Gua Musang dan lain-lain (Berdasarkan pengesahan semakan senarai nama ahli baru).

Terima kasih di atas sokongan anda. Setinggi-tinggi penghargaan & ucapan terima kasih kami juga kepada tetamu VVIP kami iaitu Pegawai Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Ustaz Fakri Mohamed & rakan media kami dari Sinar Harian, Puan Akmalia Razak yang sudi meluangkan masa bagi menjayakan program ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© Semua Hakcipta Terpelihara.