Program Semarak Merdeka Sayangi Malaysiaku 2018

12 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini

Program kemerdekaan telah Berjaya diadakan bagi bertujuan menyemarakkan semangat kemerdekaan, memperkenalkan Pusat Internet Jeram Tekoh dan menjalinkan hubungan silaturahim bersama komuniti setempat. Pelbagai aktiviti telah dirangka dan Berjaya dijalankan bagi menyemarakkan semangat kemerdekaan, antaranya melukis menggunakan aplikasi paint, pertandingan basikal berhias merdeka dan sebagainya.

Kebaikan atau kelebihan menghadiri program ini ialah mendedahkan cara penggunaan internet secara berhemah, menambahkan nilai patriotik dan cintakan negara dalam komuniti dan meningkatkan sikap kerjasama dan tolong menolong antara komuniti setempat. Antara aktiviti sampingan yang dijalankan sepanjang program ini ialah tayangan Video advokasi Klik Dengan Bijak (KDB), nyanyian lagu Merdeka, pertandingan Poster dan Puzzle Merdeka, pertandingan basikal berhias merdeka dan banyak lagi.

Program ini turut diwarnai acara perarakan oleh Tadika, PASTI Bustanul Arifin Kg. Jeram Tekoh bagi menyemarakkan semangat kemerdekaan dikalangan anak-anak Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) dan tabika yang berakhir di dataran sebelah Pusat Internet Jeram Tekoh. Akhir kata, semoga dengan aktiviti dan program bertemakan sempena bulan ogos sebagai bulan kemerdekaan ini dapat mencetus semangat kemerdekaan dan dijadikan program tahunan di Pusat Internet Jeram Tekoh.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas