Kelas Rahsia Bisnes di SHOPEE & LAZADA
08 July 2018 | Aktiviti TerkiniPerniagaan internet e-dagang kini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan kerana perubahan gaya hidup dimana orang ramai ingin membeli belah dalam keselesaan dirumah. Selain itu, kebaikan membeli belah secara online ini ialah pembeli dapat mencari sesuatu barangan dengan harga yang lebih murah berbanding membeli di kedai fizikal.
Seterusnya, ramai juga pembeli yang merasakan lebih banyak pilihan boleh dibuat apabila membeli secara atas talian ini. Dan perkara yang paling penting ialah keselamatan semasa membuat transaksi secara online di platform popular seperti Shopee dan Lazada lebih diyakini oleh pembeli. Justeru itu, Pusat Internet Kesedar Jeram Tekoh terpanggil untuk mengadakan kelas seperti ini bertujuan menggalakkan usahawan setempat, terutama remaja dan belia untuk memulakan perniagaan di platform popular. Ini kerana para peniaga tidak perlu mahir sesuatu aplikasi, tidak perlu pandai menghasilkan ayat jualan, tidak perlu melayani pelanggan dan sebagainya.
Oleh itu, Pusat Internet Kesedar Jeram Tekoh telah berjaya melaksanakan Kelas Rahsia Menjual di Shopee, seramai 10 peserta hadir terdiri dari belia dan usahawan sepenuh masa sekitar Gua Musang di Pusat Internet Kesedar Jeram Tekoh, antaranya peserta dari Felda Chiku, Chalil dan Bandar Gua Musang. Bagi memastikan lebih ramai tahu peluang ini, kita akan mengadakan beberapa siri kelas seumpama ini dalam masa terdekat dan di seluruh kawasan terpilih negeri Kelantan.
Kelas ini di sampaikan oleh Saudara Mohd Ilham Ruslay, tenaga pengajar yang berpengalaman luas dalam bidang pemasaran internet selama 11 tahun dalam industri ini dari ILHAMIC ACADEMY https://www.facebook.com/rahsiabisnes4u/. Menurut kata peserta iaitu Puan Siti Aminah Binti Ab Ghani, 47 tahun – Kelas yang dianjurkan penuh bermanfaat, berinformasi, mudah difahami dan lain dari yang lain. Pertama kali dianjurkan di daerah Gua Musang ini bagi mengembangkan perniagaan dan meningkatkan jualan saya.
Akhir kata, dengan akses dan penggunaan internet yang semakin menjadi penting dalam menjalani kehidupan seharian, peranti dan aplikasi yang semakin canggih kini bukan lagi suatu keinginan semata-mata tetapi menjadi keperluan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: