dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kesedar Jeram Tekoh, Kelantan
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Program Latihan Kecemasan & Kebakaran 2018

17 Mac 2018 | Aktiviti Terkini

Program ini merupakan acara tahunan wajib yang perlu diadakan Pusat Internet Jeram Tekoh dalam menghadapi situasi kecemasan untuk kakitangan PI seluruh Gua Musang dan kepada komuniti setempat.

TUJUAN:

Mensasarkan 200 orang penyertaan komuniti terhadap program ini dengan cara hebahan mulut ke mulut (lisan), media sosial (FB dan Whatsapp) dan lain-lain.

Memberi pendedahan kepada 200 orang peserta menerusi kempen Klik Dengan Bijak (KDB) mengenai penyalahgunaan internet di kalangan kanak-kanak, remaja dan dewasa melalui ceramah KDB, tayangan video dan edaran flyers.

Menambahkan ilmu pengetahuan dan kemahiran 200 orang komuniti setempat dan staff Pusat Internet 1 Malaysia seluruh Gua Musang (Maxis) dalam menghadapi situasi kecemasan dan kebakaran.

KEBAIKAN:

1. Program yang dijalankan secara tidak langsung memperkenalkan kepada peserta berkenaan kewujudan PI dan menjadikan PI sebagai pusat yang menyatukan masyarakat.
2. Mengeratkan hubungan silaturahim bersama masyarakat dan pihak agensi keselamatan negara.
3. Memberi nilai tambah dan ilmu kepada masyarakat setempat dalam menghadapi situasi kecemasan dan kebakaran.

Akhir kata, terima kasih kepada semua pihak yang hadir, terutama kerjasama yang diberikan oleh Jabatan Bomba & Penyelamat Gua Musang (JBPM).

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© Semua Hakcipta Terpelihara.