Kelas Demo Usahawan Roti Golok & Cup Cake Sempena Hari Terbuka PI 2018
8 April 2018 | Aktiviti TerkiniSyukur alhamdulillah, dengan izinNya Program Hari Terbuka PI Jeram Tekoh Bersama Komuniti 2018 berjaya berlangsung pada 7 April 2018 (Sabtu) dengan selamat & sukses.
Sekalung tahniah & penghargaan dirakamkan buat seluruh pihak yang menjayakan program ini secara langsung atau tidak langsung. Tanpa anda semua, siapalah kami!
Satu penghormatan besar buat pihak kami, kerana tetamu yang hadir bukan hanya dari komuniti setempat (RKT Jeram Tekoh), malahan dari sekitar jajahan Gua Musang antaranya dari Chiku, Paloh, Taman Agropolitan ECER, Taman Kesedar Jaya, Kampung Limau Kasturi, Kampung Sungai Asap, Kampung Kundor, PPR Gua Musang dan lain-lain (Berdasarkan pengesahan semakan senarai nama ahli baru). Terima kasih di atas sokongan anda.
Setinggi² penghargaan & ucapan terima kasih kami juga kepada tetamu VVIP kami iaitu Pegawai Bina Insan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Gua Musang, Ustaz Fakri Mohamed & rakan media kami dari Sinar Harian, Puan Akmalia Razak yang sudi meluangkan masa bagi menjayakan program ini.
Terima kasih FARAH BAKERY GUA MUSANG kerana sudi menjadi tenaga pengajar secara sukarela untuk pembangunan usahawan Pusat Internet Jeram Tekoh.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: