Kelas Asas Microsoft Word

11 November 2019 | Aktiviti Terkini

Kelas Asas Microsoft Word diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Jeram Tekoh (SKJT) tentang asas Microsoft Word yang penting iaitu pengenalan kepada asas menaip bagi mereka yang kurang mahir mengendalikan komputer serta membiasakan diri mereka dalam membuat penulisan menggunakan komputer.

Seramai sepuluh orang peserta yang terdiri daripada lima orang lelaki dan lima orang perempuan yang menyertai kelas ini.Pelajar diajar bagaimana untuk menulis surat rasmi menggunakan Microsoft word. Di akhir kelas ini pelajar-pelajar juga diajar bagaimana cara untuk menyimpan dokumen yang telah disiapkan supaya semua dokumen tidak terpadam apabila keluar dari Microsoft word.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas