Program Pembangunan Kapasiti Advokasi Klik Dengan Bijak

20 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Program Skim Pembangunan Kapasiti Advokasi Pengurus dan Penolong Pengurus Pusat Internet Kluster Gua Musang 2019 telah diadakan dengan jayanya disini. Program ini bermula jam 9.00 pagi sehingga 6.00 petang yang telah dihadiri oleh semua pengurus dan penolong pengurus pusat internet dari kluster daerah Gua Musang.

Program Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri dalam membendung masalah penyalahgunaan internet. Antara pengisian program ini adalah pembentangan daripada wakil kluster berkenaan tajuk modul KDB, iaitu komunikasi dan multimedia, pengurusan risiko, membina ketahanan, menjadi mata-mata gelap di internet, panggilan scam, mengenalpasti muslihat dan penipuan di internet, pengaruh internet, cara mengurus komputer anda dan cara mengurus jejak digital anda, aduan baru,,menjadi mata-mata gelap di internet,mengenal pasti muslihat dan penipuan internet dan sebagainya.

Berikut adalah kebaikan atau kelebihan menghadiri program yang di berikan, pertama penerangan modul Advokasi KDB, pengendalian aktiviti Advokasi KDB dan mengeratkan silaturrahim antara staff PI Kluster Gua Musang. Modul-modul ini akan diterapkan dan disampaikan kepada komuniti setempat masing-masing.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas