Kursus Bengkel Kecantikan (Usahawan)

7 April 2019 | Aktiviti Terkini

Zaman kini ramai telah sedar akan kepentingan menjaga penampilan dan juga menjaga kecantikan diri baik lelaki atau perempuan. Oleh itu, peluang perniagaan untuk menjadi usahawan dalam bidang kecantikan, facial & spa dan dandanan rambut kini menjadi perhatian mereka yang melihat akan potensi perniagaan ini.

Bengkel ini dengan hasrat bagi menambah ilmu dan kemahiran bagi membantu ekonomi dan taraf hidup bakal usahawan yang berminat di dalam bidang ini. Peserta juga mendapat jaringan kerjasama pemain industri serta kemahiran teknikal juga diterapkan dalam perniagaan industri ini. Peserta lebih memahami teknik dan cara mengendalikan perniagaan yang berkonsepkan salon dan spa. Peserta juga didedahkan dengan pemasaran era baru untuk usahawan kecantikan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas