Program Gotong Royong Perdana

15 April 2019 | Aktiviti Terkini

Program Gotong Royong Perdana ini telah dianjurkan oleh Majlis Daerah Gua Musang bertujuan membersihkan kawasan dalam menghapuskan tempat pembiakan nyamuk, menghentikan pembuangan sampah di tempat awam serta menghentikan tabiat melonggok sampah secara haram. Selain itu untuk menggalakkan penyertaan masyarakat dalam kempen kebersihan agar dapat memberi kesedaran terhadap kewujudan alam sekitar yang bersih dan indah selain dapat membentuk masyarakat yang kondusif melalui semangat kerjasama dan bantu-membantu antara satu sama lain. Seramai 200 orang yang terlibat dalam program ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas