Program KDB & Advokasi

6 April 2019 | Aktiviti Terkini

Program advokasi bersama pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Jeram Tekoh (SKJT) pada hari minggu bertujuan untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran dalam kalangan golongan pelajar sekolah dan mereka yang kurang mendapat perhatian mengenai penggunaan internet yang berhemah. Seramai 9 pelajar, dari SKJT telah hadir pada program advokasi KDB yang berlangsung di Bilik Latihan, PI Kesedar Jeram Tekoh (PI KJT) Gua Musang, Kelantan. Pada program tersebut, staf PI KJT berkongsi tip-tip dan etika penggunaan internet yang positif kepada pelajar-pelajar yang hadir memandangkan mereka merupakan pengguna internet dan memerlukan perkhidmatan itu untuk tujuan pembelajaran.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas