Kem EASY English Day 2

8 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

Kem EASY English ini merupakan kem yang dianjurkan semasa musim cuti sekolah. Memandangkan pemintaan yang mengalakkan daripada ibubapa,kem ini diadakan berturut-turut selama tiga hari.Kem EASY English di buka kepada murid darjah 1 hingga darjah 6. Seramai tujuh orang pelajar iaitu empat orang lelaki dan tiga orang perempuan yang menyertai kem ini. Kem ini secara tidak langsung membantu meningkatkan minat mereka kepada subjek Bahasa Inggeris, yang mana selaras dengan perkembangan teknologi pada masa kini.

Selain daripada mengeratkan hubungan silaturrahim sesama pelajar,kem ini juga mengajar mereka memberanikan dan membiasakan diri bercakap dihadapan semua pelajar yang lain menggunakan perkataan Bahasa inggeris.Hal ini kerana,setiap pelajar dikehendaki hadir kehadapan dan menghuraikan semula apa yang telah dipelajari semasa dalam kem.Murid-murid di berikan latihan secara bertulis dan atas talian bagi menguji tahap pengetahuan dari apa yang mereka pelajari dari kem ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas