Kem Bijak Matematik Day 2

15 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

Kem Bijak Matematik ini merupakan kem yang dianjurkan sempena musim cuti sekolah. Kem ini diadakan selama tiga hari bermula 13/12/2019 sehingga 15/12/2019. Sasaran utama kem ini diadakan ialah kepada pelajar-pelajar sekolah rendah yang sedang bercuti. Kem Bijak Matematik terbuka kepada pelajar darjah 1 hingga darjah 6. Seramai sepuluh pelajar lelaki dan empat orang pelajar perempuan menyertai kem ini.

Kem ini secara tidak langsung dapat membantu meningkatkan minat mereka kepada subjek Matematik, yang mana sangat penting terutamanya dengan pengenalan silibus baru matematik yang mementingkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam menyelesaikan masalah matematik. Selain daripada mengeratkan hubungan silaturrahim sesama pelajar,kem ini juga dapat membantu pelajar memahami topik-topik asas matematik yang masih belum dikuasai. Pelajar-pelajar di berikan latihan secara bertulis dan atas talian bagi menguji tahap pengetahuan dari apa yang mereka pelajari dari kem ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas