Siaran Akhbar PI KJT Jana Pendapatan Melalui Platform Digital

09 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Kaedah pendapatan digital ‘crowdsourcing’ diperkenalkan kepada mereka yang berminat untuk bekerja secara digital dalam platform global. Menerusi Program e-Rezeki peserta dilatih menjadi pekerja digital separuh masa, sepenuh masa dan menjana pendapatan bulanan secara stabil serendah RM2000. Pengurus Pusat Internet Kesedar Jeram Tekoh, Mohd Ilham Ruslat berkata, program untuk belia anjuran Global Online Workforce (GLOW) dengan kerjasama perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) itu mampu menjana pendapatan lumayan kepada peserta.

Menurutnya, kerja hakiki kini tidak lagi menjamin pendapatan yang stabil dan rakyat memerlukan kerja kedua, namun tidak mengganggu kerja utama. Ini adalah inisiatif kerajaan melalui MDEC untuk menjana pendapatan digital secara konsisten dan sepenuh masa menerusi kaedah ‘crowdsourcing’. Tujuan utama program ini adalah mewujudkan komuniti pekerja digital berkebolehan secara sepenuh masa sekaligus membangunkan satu model mampan bagi program pekerja digital berimpak tinggi dengan penglibatan rakan strategic MDEC.

Selain memperkenalkan sumber pendapatan alternatif melalui platform pendapatan digital global ia juga menyediakan program sokongan untuk pekerja digital supaya kekal bermotivasi dan komited menjana pendapatan digital, katanya. Program yang berlangsung selama dua hari di bilik latihan Pusat Internet Kesedar Jeram Tekoh itu di kendalikan tenaga pengajar berpengalaman dari GLOW, Khairul Imran Zulkifli. Walaupun pertama kali diadakan disini, program ini mendapat sambutan apabila disertai 12 peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas