Program KDB & Advokasi bersama Usahawan Wanita

7 April 2019 | Aktiviti Terkini

Program advokasi bersama usahawan wanita bertujuan untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran dalam kalangan golongan belia dan suri rumah dan mereka yang kurang mendapat perhatian mengenai penggunaan internet yang berhemah. Seramai 25 usahawan wanita, dari pelbagai daerah di Gua Musang telah hadir pada program advokasi KDB yang berlangsung di Bilik Latihan, PI Kesedar Jeram Tekoh (PI KJT) Gua Musang, Kelantan. Pada program tersebut, staf PI KJT berkongsi tip-tip dan etika penggunaan internet yang positif kepada pelajar-pelajar yang hadir memandangkan mereka merupakan pengguna internet dan memerlukan perkhidmatan itu untuk tujuan pembelajaran.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas