Kursus Pemasaran Kreatif Dalam Normal Baharu

20 Disember 2020 2020 | Aktiviti Terkini

Pada hari Jumaat dan Sabtu ,18 Disember 2020 dan 19 Disember 2020 telah berlangsung Kursus Pemasaran Kreatif Dalam Norma Baharu.Kursus ini dihadiri oleh Pengurus dan Penolong Pengurus Pusat Internet Komuniti secara atas talian menerusi aplikasi Zoom Pelatih kursus pada kali ini adalah Profesor Madya Dr Mohammad Bin Ismail iaitu Pengarah Pusat Pembangunan dan Penyelidikan Keusahawanan Universiti Malaysia Kelantan(UMK).Kursus secara online dibuat adalah bertujuan megelak perjumpaan secara fizikal kerana perlu mengekalkan SOP dalam meneruskan rutin pekerjaan harian bagi mengelak penularan Covid-19.

Kursus yang dianjurkan adalah lebih fokus kepada usahawan.Usahawan yang dibincangkn adalah berkaitan kaedah dan cara seorang usahawan memasarkan sesuatu produk yang dijual secara atas talian samaada menggunakan Facebook,Instagram dan lain-lain secara pemasaran kreatif.Para peserta yang menyertai juga diberi peluang bercakap dan membuat penulisan serta berkongsi bersama peserta lain bagaimana memperkenalkan dan mempromosikan produk yang dijual.Pada akhir kursus,peserta diwajibkan membuat satu video kreatif bagi menarik minat komuniti setempat tentang kepentingan dan kelebihan yang ada di Pusat Internet Komuniti kepada pelajar dan komuniti setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas