Kelas Online Stream Yard (Memperkenalkan Usahawan Kesedar Jeram Tekoh,Siti Rahani Binti Seman)

27 November 2020 | Aktiviti Terkini

Kelas Online Stream Yard yang bersiaran langsung pada 26 November 2020 iaitu pada hari khamis yang berlangsung secara atas talian.Kelas secara online diadakan bertujuan megurangkan kelas secara fizikal terlalu kerap diadakan.Hal ini kerana,seperti yang disyaratkan supaya mengikuti Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi megelakkan penyakit merbahaya pada masa kini iaitu Corona Virus (COVID-19) dengan mematuhi Panduan mengamalkan penjarakkan sosial.

Kelas yang diadakan juga bertujuan mendedahkan usahawan yang bergiat aktif berniaga di Kampung Kesedar Jeram Tekoh.Siaran langsung yang dianjurkan kepada usahawan ini juga merupakan alternatif yang mudah digunakan bagi usahawan memperkenalkan kepada umum produk yang di jual.Dengan cara ini,mempermudahkan lagi pembeli untuk membeli barangan yang dijual.semasa siaran langsung sedang berlangsung.Pembeli boleh meletakkan komen di ruang komen untuk membuat pembellian atau untuk bertanyakan soalan mengenai produk-produk yang dijual.segala komen yang diajukan akan dijawab oleh penjual semasa siaran langsung berlangsung.Dengan adanya siaran langsung ini,pembeli dapat mengenali secara dekat penjual supaya tidak ada yang tertipu dengan produk yang dijual.Hal ini kerana,penjual akan berkongsi secara umum tentang identiti beliau dan produk yang dijual secara siaran langsung.Proses jual beli juga menjadi lebih mudah dan cepat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas