Kelas Asas ICT (Cara Download Video Dari Youtube )

14 November 2020 | Aktiviti Terkini

Kelas Asas Internet diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Jeram Tekoh (SKJT) tentang asas penggunaan internet.Seramai empat orang peserta yang terdiri daripada dua orang pelajar lelaki dan dua orang pelajar perempuan menyertai kelas ini.Di dalam kelas, pelajar masih lagi dihadkan kepada lima orang pelajar sahaja .Hal ini kerana,seperti yang disyaratkan supaya mengikuti Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bagi megelakkan penyakit merbahaya pada masa kini iaitu Corona Virus (COVID-19) dengan mematuhi Panduan mengamalkan penjarakkan sosial.

Semasa di dalam kelas,pertama sekali pelajar diajar bagaimana cara untuk mencari video di dalam youtube.Setelah itu,pelajar hendaklah memastikan video yang dicari di youtube boleh di “download” atau tidak seperti yang diajar semasa di dalam kelas.Akhir sekali,setiap pelajar dikehendaki “download” satu video dari youtube seperti yang diajar semasa di dalam kelas bagi mengetahui tahap kefahaman setiap pelajar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas