Kelas Bahasa Melayu (Menulis karangan cerita pendek berdasarkan gambar)
7 November 2020 | Aktiviti TerkiniKelas Bahasa Melayu untuk mencipta karangan cerita pendek berdasarkan gambar diadakan bertujuan untuk menilai tahap kualiti penulisan kepada kepada pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Jeram Tekoh (SKJT).Seramai lima orang peserta iaitu tiga orang lelaki dan dua orang perempuan yang menyertai kelas ini.Di dalam kelas, pelajar masih lagi dihadkan kepada lima orang pelajar sahaja dan hanya 30 minit kelas diadakan.Hal ini kerana,seperti yang disyaratkan supaya mengikuti Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bagi megelakkan penyakit merbahaya pada masa kini iaitu Corona Virus (COVID-19) dengan mematuhi Panduan mengamalkan penjarakkan sosial.
Semasa di dalam kelas,pelajar diajar bagaimana cara untuk menulis karangan cerita pendek yang menarik dan mudah difahami melalui gambar yang disediakan.Pertama sekali,pelajar diajar supaya mengenalpasti apakah situasi yang berlaku pada setiap gambar.Selepas itu,pelajar mestilah menghuraikan cerita disebalik gambar yang dilihat mengikut turutan.Selain dari penulisan,tatabahasa dan ejaan sesebuah penulisan dititikberatkan supaya tidak berlaku kesalahan.Hal ini kerana,hasil penulisan karangan cerita pendek yang dihasilkan menarik dan mudah difahami.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: