Kelas Asas ICT

24 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

Kelas Asas ICT diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Jeram Tekoh (SKJT) tentang asas ICT. Seramai enam orang peserta yang terdiri daripada empat orang lelaki dan dua orang perempuan yang menyertai kelas ini. Pertama sekali pelajar diajar bagaimana cara menggunakan komputer serta mencari perisian megenai pembelajaran melalui internet yang disediakan untuk tujuan pembelajaran mereka. Meraka diajar bagaimana hendak mencari image(gambar) dalam google untuk disimpan di dalam komputer dan cara untuk memilih kualiti saiz gambar supaya gambar yang dipilih kelihatan terang dan jelas semasa membuat sesuatu kerja kursus mahupun untuk print gambar tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas