Kelas Shopee Universiti Asas (Mulakan Bisnes E-Dagang Anda dengan Shoppe)

18 Oktober 2020 | Aktiviti Terkini

Kelas Shopee Universiti Asas (Mulakan Bisnes E-Dagang Anda dengan Shoppe) bertujuan mendedahkan kepada peserta kaedah usahawan mengembangkan perniagaan secara atas talian melalui platform shopee.Seramai empat orang peserta dan kesemuanya peserta adalah perempuan yang menyertai kelas ini. Di dalam kelas,peserta masih lagi dihadkan kepada lima orang sahaja. Selain itu,kelas yang diadakan juga dihadkan selama 30 minit sahaja.Hal ini kerana,seperti yang disyaratkan supaya mengikuti Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bagi megelakkan penyakit merbahaya pada masa kini iaitu Corona Virus (COVID-19) dengan mematuhi Panduan mengamalkan penjarakkan sosial.

Seperti yang diketahui,shopee merupakan platform para usahawan manjalankan aktiviti perniagaan secara online yang paling digemari.Pertama sekali,peserta didedahkan dengan perniagaan di shopee yang menjadi pilihan utama para usahawan untuk membuka tapak online sendiri.Selain itu,menjalankan aktiviti perniagaan di shopee adalah sangat mudah kerana prosesnya yang singkat dan tiada syarat ketat untuk berniaga.Semasa di dalam kelas,peserta di ajar bagaimana hendak berdaftar dengan shopee bagi tujuan pengesahan menggunakan platform tersebut.Peserta juga diajar satu persatu bagaimana cara hendak memasarkan produk menggunakan platform shopee.Akhir sekali,peserta harus mencari semula produk yang disiarkan dalam platform shopee samaada produk tersebut telah disiarkan di dalam platform shopee atau tidak untuk kemudahan umum.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas