Kelas Membaca Tulisan Jawi

29 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini

Kelas membaca tulisan jawi diadakan bertujuan untuk menilai tahap kebolehan pelajar membaca tulisan jawi daripada pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Jeram Tekoh (SKJT).Seramai lima orang peserta iaitu dua orang lelaki dan tiga orang perempuan yang menyertai kelas ini.Di dalam kelas, pelajar masih lagi dihadkan kepada lima orang pelajar sahaja. Hal ini kerana,seperti yang disyaratkan supaya mengikuti Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bagi megelakkan penyakit merbahaya pada masa kini iaitu Corona Virus (COVID-19) dengan mematuhi Panduan mengamalkan penjarakkan sosial.

Semasa di dalam kelas,pertama sekali pelajar dikehendaki menyebut huruf asas jawi untuk memastikan semua pelajar dapat mengenali atau tidak huruf tersebut.Setelah itu,pelajar dikehendaki membaca tulisan jawi yang dipaparkan di skrin semasa di dalam kelas tersebut.Sekiranya,pelajar tidak dapat menyebut perkataan jawi yang dipaparkan,pelajar dikehendaki mengeja satu persatu huruf jawi yang bersambung sehingga dapat menyebut menjadi satu perkataan.Pelajar di ajar sehingga dapat membaca perkataan yang dipaparkan di skrin semasa di dalam kelas.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas