Kelas Asas Microsoft Word

19 Julai 2020 | Aktiviti Terkini

Kelas Asas Microsoft Word diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Jeram Tekoh (SKJT) tentang asas Microsoft Word yang penting iaitu pengenalan kepada asas menaip bagi mereka yang kurang mahir mengendalikan komputer serta membiasakan diri mereka dalam membuat penulisan menggunakan komputer.

Seramai lima orang peserta sahaja mengikuti kelas ini iaitu tiga orang lelaki dan dua orang perempuan. Hal ini kerana,seperti yang disyaratkan iaitu mengikuti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan mematuhi Panduan mengamalkan penjarakkan sosial. Semasa di dalam kelas,pelajar diajar bagaimana cara untuk membuat surat rasmi.Pelajar diajar format cara-cara menulis surat rasmi yang betul.Di akhir kelas ini pelajar-pelajar juga diajar bagaimana cara untuk menyimpan dokumen yang telah disiapkan supaya semua dokumen tidak terpadam apabila keluar dari Microsoft word.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas