Kelas Asas Microsoft Word
8 Februari 2021 | Aktiviti TerkiniKelas Asas Microsoft Word diadakan pada 7 Februari 2021 iaitu pada hari Ahad.Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada komuniti tentang asas penggunaan Microsoft Word.Peserta yang menghadiri kelas ini merupakan salah seorang komuniti di kampung Kesedar Jeram Tekoh.Beliau merupakan salah seorang usahawan wanita di Kesedar Jerakm Tekoh.Semasa di dalam kelas,pelajar perlu mengekalkan SOP seperti yang telah disyaratkan supaya sentiasa mengikuti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi megelakkan penyakit merbahaya pada masa kini iaitu Corona Virus (COVID-19) .
Kelas Asas Microsoft Word diadakan adalah memberi pendedahan komuniti setempat tentang asas Microsoft Word.Sesuatu yang penting perlu dipelajari tentang Microsoft Word ini adalah pengenalan kepada asas menaip bagi mereka yang kurang mahir mengendalikan komputer serta membiasakan diri mereka dalam membuat penulisan menggunakan komputer.Di akhir kelas ini,peserta juga diajar bagaimana cara untuk menyimpan dokumen yang telah disiapkan supaya semua dokumen tidak terpadam apabila keluar dari Microsoft word.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: