Kelas Asas Microsoft Word

10 April 2021 | Aktiviti Terkini

Kelas Asas Microsoft Word diadakan pada 09 April iaitu pada hari Jumaat.Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Jeram Tekoh (SKJT) tentang asas penggunaan Microsoft Word.Seramai lima orang peserta yang terdiri daripada dua orang pelajar lelaki dan tiga orang pelajar perempuan yang menyertai kelas ini .Semasa di dalam kelas,pelajar perlu mengekalkan SOP seperti yang telah disyaratkan bagi megelakkan penularan penyakit merbahaya pada masa kini iaitu Corona Virus (COVID-19) .

Kelas Asas Microsoft Word diadakan adalah memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Jeram Tekoh (SKJT) tentang asas Microsoft Word.Sesuatu yang penting perlu dipelajari oleh pelajar tentang Microsoft Word ini adalah pengenalan kepada asas menaip bagi mereka yang kurang mahir mengendalikan komputer serta membiasakan diri mereka dalam membuat penulisan menggunakan komputer.Pelajar juga diajar bagaimana hendak memasukkan gambar dan bentuk ke dalam Microsoft Word. Di akhir kelas ini, pelajar-pelajar juga diajar bagaimana cara untuk menyimpan dokumen yang telah disiapkan supaya semua dokumen tidak terpadam apabila keluar dari Microsoft word.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas