Kelas Membina Ayat Berdasarkan Gambar Menggunakan Tulisan Jawi

11 April 2021 | Aktiviti Terkini

Kelas Membina Ayat Berdasarkan Gambar Menggunakan Tulisan Jawi diadakan bertujuan untuk menilai tahap kebolehan pelajar membaca dan menulis tulisan jawi daripada pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Jeram Tekoh (SKJT).Seramai enam orang peserta iaitu dua orang lelaki dan empat orang perempuan yang menyertai kelas ini.Di dalam kelas,pelajar perlu mengikut SOP seperti yang disyaratkan bagi mengelakkan penularan penyakit merbahaya pada masa kini iaitu Corona Virus (COVID-19) .

Semasa di dalam kelas,pertama sekali pelajar dikehendaki memahami gambar yang dipaparkan di skrin.Setelah itu, pelajar perlu membuat tajuk bagi membina ayat berdasarkan gambar yang dipaparkan.Seterusnya,pelajar hendaklah membina ayat berdasarkan gambar yang di paparkan di skrin.Setiap pelajar perlu membina sekurang-kurangnya lima ayat berdasarkan gambar.Akhir kelas,setiap pelajar perlu menulis di papan putih perkataan yang disediakan dalam Bahasa melayu ke dalam tulisan jawi.Hal ini kerana,bagi menguji tahap penulisan pelajar dalam penulisan jawi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas