Taklimat Atas Talian Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP)

14 Disember 2021 | Aktiviti Terkini

Pada hari Isnin, 13 Disember 2021 telah berlangsung Taklimat Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) secara atas talian menerusi aplikasi Microsoft Team. Taklimat SPPP adalah anjuran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) khas buat ahli Pusat Ekonomi Digital (PEDi) seluruh Malaysia. Peserta yang mendaftarkan diri untuk taklimat ini adalah seramai lima orang iaitu seorang lelaki dan empat wanita. Hanya seorang peserta wanita hadir untuk menghadiri taklimat di PEDi Kesedar Jeram Tekoh manakala seorang peserta lelaki mengikuti taklimat melalui telefon pintar di rumah. Taklimat bermula pukul 11 pagi dan berakhir pukul 12.15 tengahari.

Taklimat SPPP adalah bertujuan memberi penerangan berkenaan kepentingan pendaftaran perniagaan untuk sebarang urusan yang membabitkan keuntungan. Selain itu, taklimat juga bertujuan untuk mewar-warkan kepada masyarakat cara mudah mendaftarkan perniagaan melalui portal www.ezbiz.ssm.com.my tanpa perlu hadir ke kaunter SSM. Peserta juga didedahkan dengan Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) iaitu inisiatif kerajaan untuk menanggung fi pendaftatran perniagaan baru bagi golongan B40 dan Pelajar yang berumur 18 tahun ke atas yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.Bahagian terakhir taklimat adalah sesi soal jawab.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas