Tutorial Semakan Saman Polis Secara Atas Talian

14 Disember 2021 | Aktiviti Terkini

Pada hari Selasa, 14 Disember 2021 satu sesi tutorial telah berlangsung di PEDi Kesedar Jeram Tekoh. Seorang peserta lelaki, Mohd Rizal Bin Yusof terlibat dalam sesi tutorial ini dan sesi ini berlangsung selama 45 minit.

Sempena kempen pengurangan saman Polis dan JPJ sehingga 80% sehingga 31 Disember 2021, ramai pengunjung memohon untuk di adakan tutorial cara membuat semakan saman secara atas talian termasuklah saudara Mohd Rizal. Semakan saman boleh dilakukan melalui website www.mybayar.rmp.gov.my. Peserta diajar cara untuk mendaftarkan diri dalam website tersebut dan cara untuk menyemak saman. Peserta juga diajar cara untuk memuat turun aplikasi mybayar di telefon pintar dengan menggunakan Login Id dan password yang didaftarkan di website tersebut. Akhirnya peserta ditunjukkan dengan cara membayar saman secara atas talian menerusi online banking.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas