Kursus Latihan Pengendali Makanan

20 November 2021 | Aktiviti Terkini

Pada hari Jumaat,19 November 2021 telah berlangsung Kursus Latihan Pengendali Makanan secara atas talian menerusi aplikasi Zoom. Peserta yang menyertai kursus ini adalah seramai tiga orang yang terdiri daripada tiga orang perempuan .Pelatih kursus pada kali ini adalah Nur Nadiah Binti Shahrom (SLPM NZ Consultant). Terdapat empat seksyen selama kursus berlangsung iaitu pengenalan kepada pengendali makanan,kebersihan makanan,keselamatan makanan dan faktor-faktor kritikal keracunan makanan.Kursus secara online ini dibuat adalah bertujuan megelak perjumpaan secara fizikal bagi mengekalkan SOP dalam meneruskan rutin pekerjaan harian bagi mengelak penularan Covid-19.

Kursus yang dianjurkan adalah bertujuan memberi latihan pengendali makanan yang betul.Peserta didedahkan dengan pelbagai pengetahuan yang baru mengenai cara yang betul berkaitan pengendali makanan. Sebelum kursus berlangsung peserta perlu menjawab kuiz terlebih dahulu bagi memastikan tahap pengetahuan setiap peserta berdasarkan markah kuiz yang dijawab.Bukan itu sahaja,malah pada setiap seksyen,peserta perlu menjawab soalan kuiz selepas setiap kursus seksyen tamat.Semasa kursus sedang berlangsung, peserta di beri peluang untuk bertanyakan soalan kepada penganjur berkaitan dengan kursus yang dijalankan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas