Talkshow Online Cara Membuat Poster dan Sticker Kemerdekaan Menggunakan Postermywall.com

14 Ogos 2021 | Aktiviti Terkini

Satu program temubual secara maya telah dianjurkan pada 13 Ogos 2021 iaitu pada hari Jumaat.Program ini merupakan program yang dianjurkan bersama dengan PIK Manek Urai, PIK Kesedar Jeram Tekoh dan PIK Kg Karangan.Temubual yang didakan adalah untuk berkongsi bersama bagaiman cara untuk membuat poster dan sticker Kemerdekaan menggunakan Postermywall.com oleh Penolong Pengurus Manek Urai.

Program temubual secara maya ini adalah memberi perkongsian kepada adik-adik pelajar tentang cara yang mudah untuk membuat poster dan sticker Kemerdekaan “MALAYSIA PRIHATIN” bagi menyiapkan tugasan daripada guru.Pertama sekali diajar bagaimana hendak login Postermywall.com.Selepas itu,diajar bagaimana untuk edit poster supaya poster yang dihasilkan jelas,terang dan cantik.Bagi adik-adik yang ingin mengetahui secara keseluruhan bagaimana permulaan sehingga siap poster dan sticker dihasilkan melalui Postermywall.com boleh ditonton melalui Facebook rasmi PIK.

Sesi bual bicara tersebut turut dikongsikan di laman Facebook rasmi PIK masing-masing yang boleh ditonton di pautan atau “link” berikut: https://fb.watch/7v0hHrUom4/.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas