Kelas EASY English

20 Februari 2021 | Aktiviti Terkini

Kelas EASY English dianjurkan pada 19 Februari 2021,hari Jumaat.Kelas ini merupakan kelas yang kerap dianjurkan di Pusat Internet Komuniti Kesedar Jeram Tekoh memandangkan permintaan ramai daripada ibu bapa pelajar.Tambahan pula,pelajar tidak dapat meneruskan sesi pembelajaran di sekolah seperti biasa akibat Penularan penyakit merbahaya iaitu Corona Virus (COVID-19).Sasaran utama kelas ini ialah pelajar-pelajar sekolah rendah dari darjah 1 hingga darjah 6.Seramai tiga orang pelajar dan kesemuanya adalah pelajar perempuan yang menghadiri kelas ini. Semasa di dalam kelas,pelajar mesti mematuhi SOP yang ditetapkan bagi mengelakkan penularan COVID-19.

Kelas EASY English ini secara tidak langsung membantu meningkatkan minat mereka kepada subjek Bahasa Inggeris, yang mana selaras dengan perkembangan teknologi pada masa kini.Selain daripada mengeratkan hubungan silaturrahim sesama pelajar,kelas ini juga memberi impak yang baik kepada pelajar kerana mereka dapat mengingati semula apa yang telah dipelajari semasa di sekolah.Oleh hal yang demikian,kelas ini memberi penambahbaikan kepada pelajar dalam Subjek Bahasa Inggeris.Selain itu,pelajar juga dikehendaki bertutur dalam Bahasa Inggeris semasa di dalam kelas.Dengan cara ini,pelajar dapat memperbaiki sebutan dalam Bahasa Inggeris dengan betul.Selain itu,di akhir kelas,pelajar di berikan latihan secara bertulis dan atas talian bagi menguji tahap pengetahuan dari apa yang mereka pelajari dari kelas ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas