Temuduga Secara Atas Talain Via Google Meet bagi Calon Jawatan Penolong Pengurus Pusat Internet Komuniti Kesedar Jeram Tekoh

21 September 2021 | Aktiviti Terkini

Satu sesi temuduga secara atas talian Via Google Meet bagi calon Jawatan Penolong Pengurus Pusat Internet Komuniti Kesedar Jeram Tekoh telah diadakan pada 20 September 2021 iaitu pada hari Isnin. Seramai lapan orang calon yang di panggil bagi sesi temuduga namun hanya tujuh orang sahaja yang hadir semasa sesi temuduga secara atas talain iaitu terdiri daripada seorang calon lelaki dan enam orang calon perempuan.Sesi temuduga bermula pada pukul 9.45 pagi dan berakhir pada pukul 12.45 tengahari.Sesi temuduga secara atas talian ini diadakan bagi tujuan mengelak perjumpaan secara fizikal serta mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Sebelum sesi temuduga dimulakan,setiap calon perlu memastikan dokumen yang dikehendaki semasa sesi temuduga dibawa bersama.Seramai dua orang wakil panel yang hadir semasa sesi temuduga atas talian iaitu terdiri daripada Maxis dan Nera .Sesi temuduga adalah mengikut turutan calon seorang demi seorang. Masa yang diperuntukkan kepada calon bagi setiap seorang adalah selama 20 minit.Calon diberi peluang untuk memperkenalkan diri dan menjawab soalan yang ditanya oleh panel.Selain itu juga, calon diberi peluang untuk bertanyakan soalan yang berkaitan kepada panel semasa sesi temuduga berlangsung.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas