Program Talkshow Online Bertajuk Manfaat & Kelebihan Pusat Internet Komuniti

21 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Satu program temubual secara maya telah dianjurkan pada 20 Jun 2021 iaitu pada hari Ahad.Program ini merupakan program yang dianjurkan bersama dengan PIK Kg Chengal PIK K. Lebir, PIK K. Chalil dan PIK Felda Perasu. Sasaran utama program ini ialah kepada komuniti setempat tidak kira peringkat umur. Ketika berita ini ditulis, program ini telah pun mencapai tontonan lebih daripada 66 tontonan melalui facebook Pusat Internet Komuniti Kesedar Jeram Tekoh.

Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk mempromosikan Pusat Internet Komuniti kepada masyarakat, yang mana ramai lagi yang belum mengetahui dengan lanjut perkhidmatan yang ditawarkan di PIK seluruh Malaysia.Selain daripada mempromosikan PIK, program ini juga memberi jawapan kepada persoalan kepada masyarakat tentang perbezaan PIK dengan cyber café yang lain. Program ini juga dapat memberikan impak yang positif terutamanya kepada para pelajar untuk menggunakan kemudahan PIK untuk tujuan PdPR, juga untuk tujuan mengulangkaji pelajaran. Kelas-kelas yang dijalankan oleh PIK turut dipromosikan dalam program ini disamping kejayaan yang telah dicapai oleh pelajar yang menggunakan kemudahan PIK untuk pembelajaran.

Program ini yang hoskan oleh Pengurus PIK Kg Chengal ini bermula pada jam 10.20 pagi dan berakhir pada jam 11.15 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas