Program Talkshow Online Bertajuk Peranan Ibu Bapa menarik minat pelajar belajar secara Pdpr dan Kekangan yang dihadapi

24 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Satu program temubual secara maya telah dianjurkan pada 24 Jun 2021 iaitu pada hari Khamis. Program ini yang dihoskan oleh Penolong Pengurus PIK Kesedar Jeram Tekoh ini bermula pada jam 11.40 pagi dan berakhir pada jam 12.05 Tengahari.

Program ini merupakan program yang dianjurkan bersama dengan PIK Karangan dan seorang penduduk dari kampung Jeram Tekoh iaitu Puan Shahanis Binti Mat Amin yang turut bersama berkongsi semasa program temubual secara maya berlangsung.

Program temubual secara maya ini membincangkan tentang isu-isu yang dihadapi pada masa kini yang membabitkan pembelajaran anak-anak secara Pdpr.Temubual kali ini membincangkan peranan ibu bapa iaitu bagaimana cara menarik minat anak-anak untuk belajar secara Pdpr yang diadakan oleh guru-guru sekolah mengikut matapelajaran yang diajar.Selain itu,isu yang dibincangkan juga adalah peranan ibu bapa supaya kelas ataupun latihan yang diadakan semasa Pdpr tidak ketinggalan dan mengikut jadual yang telah diberikan oleh guru.Terdapat juga perkongsian berkaitan cara untuk mengatasi masalah capaian rangkaiain internet yang lemah dan masalah lain yang dihadapi oleh ibu bapa semasa pembelajaran Pdpr anak-anak.Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada ibu bapa untuk anak-anak.

Sesi bual bicara tersebut turut dikongsikan di laman Facebook rasmi PIK masing-masing yang boleh ditonton di pautan atau “link” berikut:
https://www.facebook.com/watch/live/?v=261893805712730&ref=watch_permalink .

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas