Tutorial Online Cara Dapatkan Sijil Digital Vaksinasi Dalam Aplikasi Mysejahtera Menggunakan Telefon Bimbit
26 September 2021 | Aktiviti TerkiniTutorial online berlangsung pada 25 September 2021 iaitu pada hari Sabtu.Tutorial secara online diadakan kerana mengelakkan pembelajaran secara fizikal bagi mematuhi SOP yang ditetapkan bagi mengelakkan penularan COVID-19.Tutorial online yang dikongsikan pada kali ini adalah Cara Dapatkan Sijil Digital Vaksinasi Dalam Aplikasi Mysejahtera MenggunakanTelefon Bimbit .
Tutorial kali ini adalah untuk menerangkan secara terperinci dan jelas kepada pengunjung facebook iaitu bagaimana cara untuk dapatka sijil digital vaksinasi dalam Aplikasi Mysejahtera.Pertama sekali pastikan Aplikasi Mysejahtera telah dimuatnaik dalam telefon dan didaftarkan oleh pemilik.Tutorial kali ini juga diajar cara untuk dapatkan gambar sijil digital secara penuh dengan menggunakan tetapan pada paparan telefon bagi membesar dan megecilkan saiz paparan.Dengan menggunakan tetapan paparan ini ,secara automatik sijil digital turut mengikut saiz yang ditetapkan di tetapan paparan telefon.Oleh hal yang demikian,gambar sijil digital vaksinasi secara penuh dapat diperolehi daripada Aplikasi Mysejahtera.Hal ini kerana,saiz paparan mengikut tetapan paparan yang telah ditetapkan.Setelah itu,Sijil digital boleh di print bagi tujuan bukti telah divaksinasi dan simpanan pemilik.Dengan cara yang dikongsikan ini,semoga pengunjung dapat belajar dengan mudah dan mempraktikkannya.
Bagi yang ingin belajar secara menyeluruh tentang video tutorial secara online Cara Dapatkan Sijil Digital Vaksinasi Dalam Aplikasi Mysejahtera MenggunakanTelefon Bimbit boleh tonton video yang dimuatnaik di laman Facebook rasmi PIK Kesedar Jeram Tekoh.
https://www.facebook.com/Pik.jeramtekoh/videos/4600738896657678 .
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: