Kelas Asas Design Menggunakan Aplikasi Canva

3 Oktober 2021 | Aktiviti Terkini

Kelas Asas Design Menggunakan Aplikasi Canva dianjurkan pada 02 Oktober 2021,hari Ahad. Kelas ini merupakan kelas yang kerap dianjurkan di Pusat Internet Komuniti Kesedar Jeram Tekoh memandangkan ramai permintaan daripada usahawan masyarakat setempat untuk membuat design sendiri.Tambahan pula, usahawan masyarakat setempat memilih untuk mempelajari design dengan aplikasi Canva bertujuan untuk menjimatkan kos perniagaan mereka. Memandangkan Penularan penyakit merbahaya iaitu Corona Virus (COVID-19) mereka harus mengurangi kos-kos yang berkaitan untuk menjimatkan kos .Sasaran utama kelas ini ialah masyarakat setempat Kesedar Jeram Tekoh. Seramai satu orang pelajar dan kesemuanya adalah perempuan yang menghadiri kelas ini. Semasa di dalam kelas,pelajar mesti mematuhi SOP yang ditetapkan bagi mengelakkan penularan COVID-19.

Kelas Asas Design menggunakan Aplikasi Canva ini secara tidak langsung membantu meningkatkan minat dan krativiti mereka kepada menghasilkan design , yang mana selaras dengan perkembangan teknologi pada masa kini.Selain daripada mengeratkan hubungan silaturrahim sesama,kelas ini juga memberi impak yang baik kepada masyarakat setempat kerana mereka dapat gunakan ilmu yang diberikan untuk membuat design perniagaan mereka sendiri ,kelas ini memberi penambahbaikan kepada masyarakat tentang kepentingan design dalam dunia pernigaan pada arus teknologi kini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas