Temuduga Secara Atas Talian Via Google Meet bagi Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Secara One-Off Tahun 2021 (Fasa 2)

9 November 2021 | Aktiviti Terkini

Satu sesi temuduga secara atas talian Via Google Meet bagi Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Secara One-Off Tahun 2021 telah diadakan pada 8 November 2021 iaitu pada hari Isnin. Hanya seorang calon anak Jeram Tekoh telah mendapat panggilan temuduga pada kali ini. Sesi temuduga bermula pada pukul 11.00 pagi dan berakhir pada pukul 1.00 tengahari.Sesi temuduga secara atas talian ini diadakan bagi tujuan mengelak perjumpaan secara fizikal serta mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Dalam sesi temuduga ini, seramai 3 orang panel dan 5 orang calon terlibat secara atas talian. Sesi temuduga ini dibahagikan kepada 3 segmen. Segmen pertama adalah perkelanan diri. Setiap calon diberi peluang secara bergili-gilir untuk memperkenalkan diri. Pada segmen kedua pula ialah sesi simulasi mengajar dalam kelas. Setiap calon diberi masa 3-5minit untuk menunjukkan kemahiran mengajar masing-masing dengan alat bantu mengajar yang dibawa. Sesi ketiga pula ialah sesi soal jawab antara panel dan calon-calon.

Sesi temuduga ini telah berlangsung dengan lancar tanpa ada gangguan talian dan calon berpuas hati dengan fasiliti yang telah disediakan oleh PIK Kesedar Jeram Tekoh.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas