Kelas Microsoft Word (Menulis Karangan Bahasa Melayu Menggunakan Microsoft Word)

7 Mac 2021 | Aktiviti Terkini

Kelas Microsoft Word (Menulis Karangan Bahasa Melayu Menggunakan Microsoft Word) yang diadakan pada 06 Mac 2021 iaitu hari sabtu adalah untuk memberi pendedahan penulisan menggunakan Microsoft Word untuk membina sesuatu ayat berdasarkan gambar.Ayat yang dibina berdasarkan gambar yang dipaparkan di skrin. Selain itu,Kelas diadakan bertujuan untuk menilai tahap kecekapan dan kualiti penulisan pelajar-pelajar membuat penulisan menggunakan Microsoft Word.Seramai lima orang peserta,kesemuanya adalah perempuan yang menyertai kelas ini.Di dalam kelas, pelajar masih lagi mematuhi SOP yang disyaratkan bagi megelakkan penyakit merbahaya pada masa kini iaitu Corona Virus (COVID-19.)

Semasa di dalam kelas,pelajar diajar bagaimana membuat penulisan menggunkakan Microsoft Word dengan membina sesuatu ayat yang mudah difahami dan bersesuaian dengan gambar yang dipaparkan di skrin.Pertama sekali,pelajar diajar supaya mengenalpasti apakah situasi yang berlaku pada setiap gambar.Selepas itu,pelajar mestilah membina ayat pada setiap gmabar.Selain itu,tatabahasa dan ejaan dititikberatkan supaya tidak berlaku kesalahan.Hal ini kerana,hasil daripada ayat yang dibina menjadi menarik dan mudah difahami.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas