Kelas Bahasa Melayu (Membina Ayat Berdasarkan Gambar)

7 Januari 2021 | Aktiviti Terkini

Kelas Bahasa Melayu yang diadakan pada 6 Januari 2021 iaitu hari rabu adalah untuk mendedahkan pelajar supaya berfikir untuk membina sesuatu ayat berdasarkan gambar.Ayat yang dibina berdasarkan gambar yang dipaparkan di skrin.Kelas diadakan bertujuan untuk menilai tahap kualiti penulisan pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Jeram Tekoh (SKJT). Seramai lima orang peserta,kesemuanya adalah perempuan yang menyertai kelas ini.Di dalam kelas, pelajar masih lagi mematuhi SOP yang disyaratkan bagi megelakkan penyakit merbahaya pada masa kini iaitu Corona Virus (COVID-19).

Semasa di dalam kelas,pelajar diajar bagaimana membina sesuatu ayat yang mudah difahami dan bersesuaian dengan gambar yang dipaparkan di skrin.Pertama sekali,pelajar diajar supaya mengenalpasti apakah situasi yang berlaku pada setiap gambar.Selepas itu,pelajar mestilah membina ayat pada setiap gmabar.Selain itu,tatabahasa dan ejaan dititikberatkan supaya tidak berlaku kesalahan.Hal ini kerana,hasil daripada ayat yang dibina menjadi menarik dan mudah difahami.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas