Kelas Asas Pembikinan Facebook Page Besama Usahawan

9 April 2022 | Aktiviti Terkini

Dewasa ini terdapat banyak kaedah untuk pemasaran online yang berkesan. Untuk usahawan yang baru berjinak dalam perniagaan dan tidak mempunyai platform dalam pemasaran perniagaan mereka tentu sukar untuk melakukan aktiviti pemasaran jangka panjang dan pendek. Tujuan kelas ini dilaksanakan adalah untuk memantapkan lagi kemahiran usahawan terutama dalam pemasaran produk mereka secara online.

Justeru itu, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kesedar Jeram Tekoh mengambil inisiatif untuk melaksanakan Kelas Asas Pembikinan Facebook Page Bersama usahawan telah berjalan dengan lancar dan jayanya. Dengan penyertaan seramai 2 orang peserta terdiri dari usahawan komuniti Kesedar Jeram Tekoh yang berlangsung selama 1 jam 30 minit dengan perlbagai modul.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas