Pertandingan Klik Bijak “Apa Itu Hari Raya Korban ?”

16 Julai 2022 | Aktiviti Terkini

Pada hari Juamaat, 15 JULY 2022 telah berlangsung Pertandingan Klik Bijak yang bertajuk “Apa Itu Hari Raya Korban ?” . Peserta yang menyertai pertandingan ini adalah seramai enam (6) orang yang merupakan anak–anak komuniti Kesedar Jeram Tekoh. Pertandingan ini di pantau oleh Pengurus PEDi Kesedar Jeram Tekoh. Pertandingan bermula jam 3.00 petang dan tamat jam 4.30 petang. Pertandingan ini mendapat sambutan daripada anak-anak komuniti disini kerana pertandingan klik bijak ini dijalankan secara live menggunakan platform Kahoot.it.

Pertandingan ini dianjurkan adalah bertujuan memberi penerapan nilai-nilai murni dan mengetahui sejauh mana pengetahuan mereka berkaitan dengan Hari Raya Korban ( Hari Raya Aidil Adha). Selain itu, pertandingan ini juga dapat menguji kecekapan ingatan dan klik secara bijak oleh peserta dengan menjawab soalan mengikut masa yang telah ditetapkan. Di samping itu, pertandinga ini juga dapat menarik minat peserta kerana dibekalkan hadiah kepada peserta. Di Akhir pertandingan, peserta yang mendapat markah tiga tertinggi diberi hadiah. Tidak lupa juga peserta yang mendapat markah rendah juga diberi hadiah saguhati bagi menghargai mereka menyertai pertandingan ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas