Program Webinar Pemerkasaan Pengguna 2022 Bersama FOMCA
21 Mei 2022 | Aktiviti TerkiniProgram Webinar Pemerkasaan Pengguna 2022 bersama Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia FOMCA diadakan pada hari Jumaat, 20 May 2022 bermula jam 2.30 petang sehingga 4.00 petang. Seramai sebelas orang peserta iaitu terdiri daripada lima orang lelaki dan enam orang perempuan yang terdiri daripada pelajar sekolah menyertai program ini. Program ini di jalankan secra atas talian menggunakan platform google meet yang diadakan di dalam bilik training PEDi Kesedar Jeram Tekoh.
Progam ini merupakan program Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang merupakan program ceramah berkaitan kepenggunaan yang bertajuk ”Pemerkasaan Pengguna tahun 2022” bersama masyarakat pengguna di Malaysia yang disampaikan oleh Puan Aqira Bimti Ishak. Program ini juga besemperna hari Hak Pengguna Sedunia yang disambut setiap tahun pada 15 Mac untuk meningkatkan kesedaran mengenai hak dan keperluan pengguna.
Bersemperna dengan tema Hari Hak Pengguna Sedunia pada tahun ini iaitu ”Kesaksamaan Kewangan Digital” maka FOMCA ingin mendedahkan kepada pengguna terutama isu kewangan digital seperti Online Scam yang berupaya untuk menjerat pengguna untuk masuk ke perangkap scammer. Selain itu, kami akan turut mendedahkan bagaimana pengguna boleh terperangkap dengan jerat online scammer.
Di akhir program ini, penceramah membuat sesi Q&A bersama peserta bertujuan untuk melihat sejauh mana peserta memahami apa yang telah disampaikan oleh penceramah berkaitan dengan hak-hak pengguna dan permerkasaan pengguna yang telah diterangkan sepanjang program berlangsung. Dan akhir sekali, sebelum program selesai diadakan sesi fotografi secara atas talian sebagai kenang – kenangan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: